Maklumat Perlindungan Data
Kita amat tegas dengan perlindungan data dan kerahsiaan dan mematuhi peraturan semasa perlindungan data negara dan Eropah. Sila baca maklumat perlindungan data yang berikut dengan teliti sebelum menyerahkan laporan:
Maklumat tentang sistem pemberi maklumat
Sistem pemberi maklumat ini dikendalikan di Jerman oleh EQS Group GmbH bagi pihak METRO GROUP.
Data peribadi dan maklumat yang dimasukkan dalam sistem pemberi maklumat disimpan dalam pangkalan data yang dikendalikan oleh EQS Group GmbH, Bayreuther Straße 35, 10789 Berlin. Hanya METRO GROUP mempunyai akses kepada data ini. EQS Group GmbH mahu pun mana-mana pihak ketiga yang lain tidak mempunyai akses kepada data.
Semua data dienkripsi, dilindungi dengan kata laluan dan disimpan di lokasi terjamin. Ini memastikan bahawa akses adalah terhad kepada kalangan yang sangat rapat dengan orang yang diberi kuasa secara jelas dalam METRO GROUP.
Penggunaan sistem pemberi maklumat adalah atas dasar sukarela sepenuhnya. Sila ambil perhatian bahawa kami hanya boleh menerima dan memeriksa laporan jika anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami maklumat tentang perlindungan data ini dan bersetuju dengan pemprosesan semua data peribadi yang anda masukkan selaras dengan maklumat perlindungan data semasa.
Kami mengumpulkan data peribadi dan maklumat berikut apabila anda menyerahkan laporan melalui sistem pemberi maklumat:
Nama anda, dengan syarat anda memilih untuk mendedahkan identiti anda; sama ada anda adalah pekerja METRO GROUP atau tidak; dan, jika berkenaan, nama atau data peribadi lain bagi orang yang disebut dalam laporan anda.
Laporan yang diserahkan diterima oleh pekerja jabatan Pematuhan METRO GROUP yang dilatih khas dan sentiasa diperlakukan secara rahsia. Para pekerja dalam jabatan Pematuhan ini memeriksa keadaan tersebut dan, jika perlu, menjalankan siasatan lanjut berhubung dengan kes berkenaan.
Dalam konteks pemeriksaan laporan atau dalam skop siasatan khas, kemungkinan laporan perlu disalurkan kepada pekerja lain METRO GROUP, misalnya jika laporan itu berkaitan dengan kejadian di dalam subsidiari. Subsidiari ini mungkin berada di negara-negara luar Kesatuan Eropah atau Kawasan Ekonomi Eropah dengan peraturan yang berbeza tentang perlindungan data peribadi. Kami akan sentiasa memastikan pematuhan dengan undang-undang perlindungan data yang berkaitan apabila menyalurkan laporan.
Setiap orang yang mendapat akses kepada data diwajibkan untuk mengekalkan kerahsiaan.
Prinsip perlindungan data
Pembatasan tujuan
METRO GROUP hanya boleh menggunakan data peribadi untuk tujuan asal ia dikumpulkan, atau untuk tujuan yang dipersetujui oleh orang yang berkenaan selepas itu. METRO GROUP seterusnya bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan data peribadi digunakan secara eksklusif untuk tujuan yang dimaksudkan dan disimpan dengan baik, lengkap dan terkemas kini.
Maklumat tentang orang yang dibabitkan
METRO GROUP bertanggungjawab untuk menyediakan kepada orang yang terlibat akses kepada data peribadi yang disimpan tentang diri mereka. Di samping itu, orang berkenaan mesti diberi peluang untuk membetulkan, mengubah atau mengosongkan data yang tidak betul. Identiti anda, iaitu sebagai pemberi maklumat, tidak akan didedahkan. Hak-hak ini hanya boleh diberikan jika ini tidak menjejaskan pelaksanaan langkah penyiasatan.
Maklumat, pembetulan, pemadaman, dan penutupan
Anda dan orang yang dinamakan dalam laporan mempunyai hak terhadap maklumat, pembetulan, pemadaman, dan penutupan data peribadi dan boleh membatalkan penyimpanan data peribadi pada bila-bila masa tanpa memberi sebab. Dalam hal ini, keperluan data yang disimpan untuk pemeriksaan laporan akan dinilai dengan segera. Data yang tidak lagi diperlukan akan dipadamkan dengan serta-merta.
Storan
METRO GROUP menyimpan laporan selagi ini diperlukan untuk menjalankan langkah-langkah susulan, atau jika wujud kepentingan yang berjustifikasi, atau jika penyimpanannya dikehendaki oleh undang-undang. Laporan kemudiannya dipadamkan atau dijadikan tanpa nama, iaitu apa-apa pautan kepada identiti anda sebagai pemberi maklumat dan kepada orang yang dinamakan dalam laporan tersebut akan dibuang secara kekal dan tak berbalik.