Bagaimanakah saya boleh menerima jawapan tetapi masih kekal tanpa nama?
BKMS® System yang kami gunakan direka bentuk untuk melindungi identiti tukang adu. Fungsi perlindungan ketanpanamaan sistem ini telah diperakui.
Sila pilih nama samaran/ nama pengguna dan kata laluan anda untuk peti mel selamat anda sendiri. Teknik penyulitan dan keselamatan khusus yang lain digunakan untuk memastikan bahawa laporan anda kekal tanpa nama sepanjang masa. Anda tidak akan ditanya tentang maklumat peribadi semasa proses pelaporan. Jika anda ingin kekal tanpa nama, sila jangan kemukakan apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi. Jika boleh, sila jangan mengemukakan laporan anda dengan menggunakan PC yang disediakan oleh majikan anda.
Pengurus kes untuk laporan anda akan menghubungi anda melalui peti mel tanpa nama anda untuk memberitahu anda tentang status laporan anda atau bertanyakan soalan lanjut sekiranya butiran terperinci perlu dijelaskan. Ketanpanamaan anda akan dilindungi sepanjang masa semasa proses ini. Kepentingan kami dalam laporan ini ialah untuk mencegah kerosakan atau kerugian kepada syarikat, bukan untuk mendapatkan maklumat mengenai individu yang menyerahnya.