Dasar Privasi Kumpulan INFINEON dalam menggunakan sistem pemberi maklumat BKMS®
Pengenalan
INFINEON menegaskan kepentingan perlindungan data dan kerahsiaan. INFINEON mematuhi peraturan perlindungan data negara tempatan yang diterima pakai. Jika tiada peraturan perlindungan data negara atau jika peraturan perlindungan data EU atau Jerman adalah lebih ketat, peraturan INFINEON yang lebih ketat akan digunakan. Sila baca maklumat ini sebelum menghantar laporan.
Badan yang bertanggungjawab dalam maksud Akta Perlindungan Data Persekutuan adalah:
Infineon Technologies AG
Am Campeon 1-15
85579 Neubiberg
Jerman
Diwakili oleh Lembaga Eksekutif:
https://www.infineon.com/cms/de/about-i&nfineon/company/management-board/
Jika anda mempunyai sebarang pert;anyaan mengenai perlindungan data, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data di alamat e-mel berikut:
dataprotection@infineon.com
atau di:
Infineon Technologies AG
Date&nschutzbeauftragter
Abteilung BC DPC
Am Campeon 1-15
85579 Neubiberg
Jerma
Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi perlindungan data dalam sistem pemberi maklumat ini ialah Infineon Technologies AG:
EQS Group GmbH
Bayreuther Str. 35
10789 Berlin
Jerman
Tujuan sistem pemberi maklumat
Sistem pemberi maklumat (BKMS® System) digunakan untuk penerimaan, pemprosesan dan pengurusan laporan kesalahan berkaitan peraturan-peraturan dalaman secara selamat dan sulit.
Apakah yang perlu dilaporkan dan di mana saya boleh dapatkan nasihat?
Prosedur atau kelakuan yang tidak betul berkaitan budang-bidang berikut boleh dilaporkan :
- Amalan Antipersaingan
- Rasuah
- Konflik Kepentingan
- Penyalahgunaan Harta Syarikat
- Keselamatan Maklumat & Perlindungan Data
- Operasi Perniagaan
- Tingkah Laku
- Hak Asasi Manusia
Anda juga boleh menggunakan sistem ini jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaanGaris Panduan Amalan Perniagaan atau jika anda ingin menangani topik yang tidak tergolong dalam kategori yang diberikan.
Data peribadi yang dikumpulkan/Pengumpulan Data Peribadi
Penggunaan sistem pemberi maklumat adalah secara sukarela. Apabila anda menghantar laporan melalui sistem pemberi maklumat ini, kami mengumpulkan data peribadi dan maklumat berikut
- nama anda, jika anda memilih untuk mendedahkan identiti anda
- sama ada anda bekerja di Infineon
- jika berkenaan, nama-nama individu dan data peribadi indivodu yang anda nyatakan dalam laporan anda.
Data yang anda masukkan di dalam laporan hanya akan digunakan untuk memproses laporan berkenaan. Data tidak akan dibandingkan dengan data laporan lain mahupun dipindahkan kepada pihak ketiga.
Data peribadi dan maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem pemberi maklumat disimpan oleh EQS Group di pusat data berkeselamatan tinggi di Jerman. Disebabkan oleh langkah enkripsi, akses kepada data hanya boleh dilakukan melalui Infineon. Akses kepada data yang dimasukkan dibataskan kepada sekumpulan kecil orang yang dibenarkan secara nyata dari Infineon. EQS Group GmbH dan pihak ketiga yang lain tidak mempunyai akses kepada data. Ini dijamin melalui langkah-langkah teknikal dan organisasi yang meluas.
Penerima dan pengendalian notis secara sulit
Apabila memproses laporan atau menjalankan siasatan khas, mungkin ada keperluan untuk menyampaikan maklumat kepada pekerja Infineon yang lain, misalnya jika maklumat tersebut adalah berkaitan dengan transaksi di anak syarikat Infineon.
Jika anda melaporkan kes di dalam Kesatuan Eropah/EEA, data peribadi anda akan diproses menurut undang-undang perlindungan data negara Eropah dan negara tempatan yang diterima pakai. Jika anda melaporkan kes di luar Kesatuan Eropah/EEA, data peribadi anda mungkin diproses oleh pejabat tempatan Infineon menurut undang-undang perlindungan data tempatan selepas disahkan oleh Jabatan Pematuhan.
Jika dikehendaki dari segi undang-undang, kami akan mengemukakan laporan anda kepada pihak berkuasa tempatan.
Semua orang yang mendapat akses kepada data adalah diwajibkan untuk mengekalkan kerahsiaan.
Tempoh penyimpanan dan pemprosesan maklumat dan data peribadi
Laporan dan data peribadi hanya disimpan dan dikumpulkan selama yang perlu untuk pemeriksaan laporan dan kemungkinan berlaku penyiasatan atau prosiding undang-undang. Dalam kes tempoh penyimpanan data , ia hanya akan disimpan sehingga tamat tempoh penyimpanan mengikut undang-undang.
Nota mengenai penghantaran lampiran
Semasa menghantar laporan atau maklumat tambahan, anda boleh berbuat demikian kepada pekerja Infineon yang bertanggungjawab.
Jika anda ingin menghantar laporan tanpa nama, sila ambil perhatian terhadap maklumat keselamatan berikut:
Fail mungkin mengandungi data peribadi tersembunyi yang boleh mendedahkan identiti anda. Hapuskan data ini sebelum fail dihantar. Jika anda tidak boleh menghapuskan data ini atau jika anda tidak pasti, salin teks lampiran tersebut ke dalam teks mesej anda atau hantar dokumen bercetak secara tanpa nama ke alamat yang telah disenaraikan dalam nota kaki, nyatakan nombor rujukan yang anda akan terima di akhir proses laporan anda.
Perubahan kepada Dasar Privasi
Dalam usaha berterusan untuk memperbaiki sistem ini, Infineon boleh meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa selaras dengan Dasar Privasi.
Persetujuan untuk pemprosesan data peribadi yang diberikan oleh anda
Dengan menghantar mesej peribadi, saya bersetuju untuk data peribadi saya diproses. Jika anda tidak bersetuju , sila berikan maklumat anda secara tanpa nama.
Status: Jun 2021